NADI – CYBERSECURITY : Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri

12 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

11 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI – CYBERSECURITY : Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri .

Program ini memberi pendedahan tentang ancaman siber yang boleh menyebabkan maklumat peribadi dan hak bantuan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Peserta didedahkan dengan cara penipuan dalam talian, kecurian identiti dan langkah keselamatan seperti tidak berkongsi kata laluan, nombor TAC atau maklumat peribadi. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan siber agar masyarakat lebih berwaspada dan dapat melindungi hak serta data peribadi mereka daripada jenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali